Kefungsian membawa maksud tujuan atau tugas tertentu bagi setiap anggota masyarakat kepada sistem dalam masyakatnya dan akibat yang dihasilkan terhadap orang lain. Fungsi pula membawa maksud tugas atau keadaan yang menyebabkan proses pengadaptasian dan penyelarasan kepada sesuatu sistem belaku. Kefungsian sosial pula bermaksud tujuan atau tugas tertentu bagi setiap anggota masyarakat kepada sistem dalam masyarakat kepada sistem dalam masyarakatnya dan akibat yang dihasilkan terhadap orang lain (Samir Muhazzab, 2009). Kefungsian sosial memainkan peranan penting dalam aspek kehidupan seharian masyarakat di Malaysia. Tanpa kefungsian sosial ini, kehidupan masyarakat akan menjadi tidak teratur dan tidak stabil. Kefungsian sosial lebih melihat kepada bagaimana sesuatu proses sosialisasi itu memberi impak kepada persekitarannya. Komponen- komponen utama yang wajib ada untuk menilai sejauh mana keberkesanan kefungsian social itu adalah status sosial,rol sosial,kelompok sosial dan institusi sosial.
Kehidupan bersosial melahirkan masyarakat yang stabil,mantap,mempunyai tingkah laku tertentu dan boleh dijangka. Tingkah laku yang anjal juga tidak bermakna masyarakat hidup dalam kucar-kacir. Kefungsian sosial juga melihat kepada sudut yang pelbagai sebagai landasan untuk kerja menolong masyarakat dalam menyelesaikan masalah. Pada dasarnya, kefungsian sosial ini juga, melihat kepada seseorang individu itu memainkan peranan penting antara satu sama lain.
Sebagai contoh, si A ialah seorang pelajar. Dia juga mempunyai kawan-kawan, bekerja sambilan di sebuah pasar raya dan mempunyai ibu bapa yang tinggal di kampung. Daripada contoh yang diberi sudah menunjukkan bahawa kefungsian sosial telah mendorong A untuk meneruskan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi, berkeinginan untuk bersosial bersama kawan-kawan, perlukan sumber ekonomi untuk terus hidup dan perlu menjalankan kewajipan sebagai seorang anak. Jadi, sememangnya kefungsian sosial memberi impak yang besar dalam kehidupan A. Ciri kefungsian yang teratur dan berstruktur berpandukan kepada individu itu sendiri. Jika A bijak membahagikan masa, menggunakan sumber terhad yang ada dan memahirkan diri dengan kemahiran komunikasi yang lebih berkesan, maka ciri kefungsian sosial A nampak teratur dan menarik minat untuk didekati.
Dari segi ekonomi, sosial juga penting untuk meningkatkan sumber dan kualiti hidup. Pada zaman dahulu, perniagaan bermula dengan sistem barter iaitu sistem tukar barang. Ini disebabkan pada zaman dahulu hidup adalah mudah dan tidak kompleks. Kemudian, zaman berkembang dengan adanya sistem mata wang. Sistem mata wang ini digunakan di seluruh dunia. Oleh sebab ini, masyarakat boleh mendapatkan barang yang mereka perlukan hanya dengan membawa wang mereka. Tetapi, wang dahulu berat dan sangat banyak sehingga menyebabkan mereka tidak boleh mendapatkan barang mereka pada masa itu. Namun kini, wang senang dibawa, tidak berat, senang disimpan dan boleh dibawa ke mana-mana tanpa sebarang masalah. Seluruh dunia menerima sistem mata wang kini.
Kefungsian dalam status sosial membawa kepada tingkah laku manusia. Status ini menunjukkan siapakah atau di manakah individu tersebut di letakkan. Dalam perkahwinan suami mempunyai fungsinya sebagai seorang ketua keluarga manakala isteri berperanan untuk membantu suami di dalam keluarga. Di dalam sesebuah syarikat, seorang ketua berfungsi untuk membantu pekerjanya dan menunjukkan model seorang ketua yang boleh dipercayai.
Di dalam beragama, ia menunjukkan hubungan individu dengan suatu kuasa. Seseorang yang beragama hindu dengan kepercayaannya sendiri. Di dalam Islam, manusia adalah hamba kepada satu kuasa yang maha besar iaitu Allah. Seseorang yang beeragama Islam bertanggungjawab mengikut segala yang telah disuruh dan menjauhkan yang dilarang. Oleh itu, sosial seorang Islam mestilah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh yang Maha kuasa.

Rujukan :
Samir Muhazzab Amin & Windy Abdul,2009. Pengantar Kerja Sosial: Kefungsian Sosial Dalam Sistem Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
0 comments:
Post a Comment