BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 18, 2010

Pengemis

Budaya mengemis di Malaysia bukanlah satu benda yang baru. Boleh dikatakan setiap tahun jumlah pengemis yang terdapat di Malaysia semakin bertambah. Menurut Akhbar Utusanonline seorang wartawan menyelami kehidupan sebagai seorang pengemis disamping ingin melihat sendiri budaya permurah yang ada pada rakyat Malaysia untuk menderma kepada pengemis sehingga menyebabkan jumlah pengemis semakin bertambah. Menurut wartawan tersebut Penyamaran selama tiga jam yang bermula pada 3 petang dilakukan di jejantas Hentian Puduraya. Hasilnya, dalam tempoh tidak sampai 30 minit, sebanyak RM10 diperoleh dan sehingga 6 petang jumlahnya mencecah RM30. Dengan imej selekeh memakai seluar pendek dan kemeja-T kotor dan kedua-dua belah tangan disapu gam bagi menampak kulit mengelupas selain muka serta kaki disapu minyak hitam, sudah memadai untuk penulis menukar diri menjadi pengemis. Beberapa pejalan kaki memandang dengan rasa kasihan tetapi tidak menghulurkan wang. Namun apabila penulis mengeluarkan bunyi seolah-olah bisu, ada yang berpatah balik menderma. Seorang wanita Cina ketika dihulur cawan plastik memberikan 60 sen tetapi apabila penulis mengeluarkan bunyi seolah-olah bisu, dia terus membuka beg tangan dan menambah RM2 lagi. Tidak dapat dinafikan dengan mengemis ini dapat memberikan pendapat yang lumayan. Menurut Akhbar The star, Pengemis yang mengemis di Malaysia ini mampu memperoleh sebanyak RM300 sehari. Ini baru sehari, bayangkanlah jika sebulan?, sudah semestinya pendapatan mereka mampu menjangkau ribuan ringgit.

Dari segi Pengemis, ia boleh di ketegorikan kepada dua Kategori pertama ialah kumpulan peminta sedekah yang diketuai atau didalangi individu atau sindiket, manakala satu lagi kategori ialah kumpulan pengemis yang menjalankan aktiviti secara bersendirian. Menurut Encik Shariff Ghani, Setiausaha Agung Majlis Madrasah Indian Muslim Malaysia, memaklumkan Pengemis, terutamanya kanak-kanak wajar diberi peluang untuk hidup. Tapi, jika tindakan mereka itu dahsyat sehingga membuatkan masyarakat terganggu, mereka boleh terus melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan selanjutnya, menurut beliau lagi ketiadaan undang-undang dan penguatkuasaan tegas oleh pihak berkuasa membolehkan mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan peluang dan keterbukaan ini untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah.

Antara gambar-gambar pengemis yang di ambil:


Tempat : Jalan Tunku Abdul Rahman
Tarikh : 7 September 2010


Tempat : Bazaar Ramadhan, Sri Serdang
Tarikh : 25 Ogos 2010



Tempat : Uptown, Damansara
Tarikh ; 4 September 2010



Tempat : JalanTunku Abdul Rahman
Tarikh : 7 September 2010



Tempat : Jalan Tunku Abdul Rahman
Tarikh : 7 September 2010

Wednesday, September 1, 2010

Menangani masalah pembuangan bayi


Berita berkenaan pembuangan bayi semakin kerap dilaporkan di dada-dada akhbar dan di kaca-kaca televisyen. Orang ramai pula semakin risau dan mula bersuara walaupun majoritinya masih buat tidak kisah terhadap gejala sosial yang semakin merebak ini.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim telah menyatakan bahawa seramai 17,303 anak luar nikah Melayu telah didaftarkan di seluruh Negara sepanjang tahun 2009 seperti yang dilaporkan oleh akhbar Berita harian bertarikh 21hb Mac 2010. Menurut beliau lagi, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,1000. Ini bererti seramai kira-kira 65 bayi di luar nikah dilahirkan di kalangan orang Melayu. Jumlah ini tidak termasuk di kalangan kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Memang banyak pendapat dan kritikan daripada pelbagai pihak yang diutarakan apabila gejala pembuangan bayi mendapat liputan meluas media. Ada yang menyalahkan remaja yang tidak berupaya mengawal tuntutan nafsu, malah ada juga yang menuding jari kepada institusi keluarga yang goyah. Ada yang menyalahkan pihak sekolah yang gagal mengawal disiplin pelajarnya dan ada yang mengkritik kementerian pendidikan yang gagal memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja berkenaan. Ada yang menyalahkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan ramai yang mempertikaikan usaha ulama yang terlalu sedikit bagi membendung masalah ini.
Ada yang mengatakan gejala pembuangan  bayi adalah kesan akibat pembangunan pasca kemodenan. Pada era globalisasi dengan kecanggihan perkembangan teknologi komunikasi turut mempengaruhi perlakuan seksual remaja.  Ada yang mengatakan bahawa media adalah punca bagi segala-galanya dan kerajaan bertanggung-jawab sepenuhnya terhadap kejadian yang semakin merebak ini.
Persoalannya yang utama sekarang bukanlah untuk kita menuding jari kepada siapa yang paling bersalah di dalam hal ini tetapi adalah bagaimana permasalahan ini boleh kita tangani bersama sehingga ke tahap sifar atau minima sekurang-kurangnya. Oleh sebab itu, setiap individu haruslah memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah ini.
Sebagai contoh peranan ibu bapa. Ibu bapa adalah contoh tauladan kepada anak-anak dan berperanan untuk mendidik anak-anak dengan didikan Islam dan akhlak yang terpuji semenjak mereka kecil lagi. Para ibu bapa yang tidak berkemampuan mesti memohon bantuan dan pertolongan dari pihak-pihak lain yang boleh membantu mereka dalam mendidik anak-anak. Aktiviti anak-anak serta keluar masuk meraka mestilah diperhatikan secara berpatutan sebelum nasi menjadi bubur.
Seterusnya ialah peranan remaja. Remaja sendiri mestilah pandai menjaga diri masing-masing dengan memilih rakan-rakan yang baik sebagai kawan sepergaulan mereka. Mereka seharusnya memiliki idola remaja yang boleh diikuti sebagai pemangkin kepada kehidupan mereka yang yang bermotivasi yang berasaskan kepada contoh tauladan yang baik.
Selain itu, peranan masyarakat awam juga amat penting dalam mengatasi masalah ini. Dalam kehidupan sosial, Islam telah menentukan sistem perkahwinan, batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita, batasan aurat bagi lelaki dan wanita dan sebagainya yang mana ia akan mencegah pelbagai punca kepada pintu penyimpangan seksual yang mengakibatkan kerosakan akhlak dan lain-lain. Islam memandang masyarakat sebagai kumpulan individu yang memiliki pemikiran dan perasaan yang sama, serta interaksi di antara mereka perlu diatur oleh suatu aturan yang tertentu. Masyarakat awam mesti bersikap sensitif dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita semua mesti berperanan untuk memperbaiki keadaan yang ada sekarang.
Berikutnya ialah peranan NGO. NGO memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani permasalahan ini. NGO boleh membantu remaja menghala-tujukan kehidupan mereka agar lebih terarah dan terurus. Banyak NGO di Malaysia yang bergiat aktif bagi menangani permasalahan remaja Melayu seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), ABIM, HALUAN, JIM, Yayasan Amal dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti dan program yang dianjurkan oleh NGO-NGO ini yang mengambil berat mengenai remaja seharusnya disokong oleh semua pihak termasuk dari pihak kerajaan sendiri. Bantuan teknikal dan kewangan yang diperlukan oleh NGO yang menangani remaja seharusnya disalurkan kepada mereka secara yang optima.
Selain itu, guru-guru dan sekolah juga memainkan peranan yang sangat penting dalam pendidikan remaja. Fokus pendidikan tidak hanya terfokus kepada pencapaian akademik semata-mata. Aktiviti-aktiviti dan program pelajar juga mestilah menjuruskan kepada pembinaan sahsiah yang terpuji dan pembinaan generasi muda yang cemerlang yang bakal menggantikan kepimpinan negara di masa aka datang. Pelajar-pelajar yang bermasalah mestilah dikenalpasti dengan lebih awal dan disalurkan kepada program pemulihan atau panambahbaikan secara sistematik.
Usaha Kementerian Pelajaran bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang merangka dan menyelaraskan Garis Panduan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan  (GPPKRSK) dengan peruntukan RM 20 juta bagi menangani masalah terbabit adalah amat dihargai. Namun usaha ini tidak membuahkan sebarang hasil yang positif sekiranya tidak dilaksanakan secara serius atau secara sambil lewa sahaja. Cadangan untuk memperkenalkan pendidikan seks kepada remaja di sekolah adalah cadangan yang baik tetapi mestilah dimulakan dengan kajian yang mendalam bagi mempastikan keberkesanan penyampaian silibus tersebut. Penglibatan para ibu-bapa memahami isu ini dan sokongan terhadapnya pasti akan membantu keberkesanannya. Kementerian juga berperanan dengan peranan yang lebih luas yang tidak hanya memfokuskan pelajar dan guru dengan kejayaan dalam bidang akademik sahaja bahkan juga cemerlang di dalam pembentukan sahsiah dan kepimpinan remaja.
Media juga memainkan peranan yang sangat penting terhadap apa yang telah dan sedang berlaku pada ketika ini. Remaja negitu terpengaruh dengan budaya barat dan apa yang ditunjukkan oleh para artis samada dari dalam atau dari luar Negara. Sudah semestinya perlu ada pengawalan media terhadap semua filem luar mahupun tempatan agar tidak bersifat keterlaluan dalam usaha untuk menghiburkan masyarakat umum. Majalah dan penerbitan lucah mesti dihentikan seberapa segera oleh pihak berwajib agar tidak terus menyuburkan budaya yang negatif ini. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah proaktif kepada pihak media mestilah disegerakan.
Remaja dan belia adalah agen perubahan. Remaja dan belia hari ini adalah pemimpin yang akan memimpin negara di masa akan datang. Permasalahan remaja hari ini yang semakin kritikal memerlukan usaha yang menyeluruh lagi bersepadu daripada semua pihak. Bukanlah masanya yang tepat untuk kita menuding jari kepada pihak-pihak yang tertentu bagi memikul beban dan tanggung-jawab ini. Ini adalah isu nasional yang mesti ditangani oleh kita semua sebagai agenda bersama.


Wednesday, August 11, 2010

Sistem Perspektif : Model Pincus-Minahan

Terdapat empat elemen asas yang terdapat dalam sistem kerja sosial menurut teori Pincus-Minahan, iaitu change system agent, client system, target sistem dan action system.
  1. Change agent system terdiri daripada professional yang digaji dalam tujuan merancang sesuatu perubahan. organisasi yang mengupah change agent system juga merupakan sebahagian daripada sistem ini. Hal ini sangat penting kerana hanya individu yang diupah tergolong dalam change agent system. Pekerja sosial adalah tergolong dalam sistem ini kerana mereka bekerja dengan individu, kumpulan, keluarga, organisasi dan komuniti untuk membentuk perubahan yang positif.
  2. client system adalah klien yang memerlukan pertolongan daripada perkhidmatan change agent dan klien mempunyai persetujuan dan kontrak dengan agen tersebut.
  3. Target system terdiri daripada individu, agensi dan organisasi yang ingin diubah oleh pekerja sosial untuk mencapai matlamat. Dengan menganalisis perubahan dalam target system, pekerja sosial boleh mengukur keberkesanan dan menyediakan makanisme yang sesuai dalam melaksanakan sesuatu perubahan.
  4. Action system adalah system yang menerangkan mengenai golongan yang bekerja dengan pekerja social dan mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan tugas serta mencapai matlamat yang telah ditetapkan dalam usaha untuk melakukan perubahan. Mungkin ia akan melibatkan penglibatan dalam action system yang berbeza bagi setiap aspek usaha perubahan yang berbeza untuk menyempurnakan semua matlamat yang berbeza yang telah ditetapkan. Konsep strategi dan pencapaian juga digunakan untuk menerangkan bagaimana action system dan target system terbentuk.
1. Tentukan masalah. Ini bermaksud adakah masalah yang hendak diselesaikan itu sesuai untuk diselesaikan. Selain itu, dalam penentuan masalah ini, pekerja social boleh mengkatogerikan masalah itu samaada masalah yang kecil ataupun masalah besar dan berat.
2. “Client system” bermaksud system yang berada disekeliling client tersebut. Sebagai contoh untuk menyelesaikan masalah seseorang mahasiswa, sebagai pekerja sosial kita perlulah mengetahui sistem disekeliling mahasiswa tersebut seperti kolej, kawan-kawan, pensyarah, kaunselor dan sebagainya.
3. Change agent system iaitu pekerja social bersama-sama dengan sumber-sumber yang ada bagi menyokong dan membantu pekerja social itu seperti organisasi kerajaan atau NGO, jabatan Kebajikan Masyarakat, hospital dan sebagainya.
4. Assessments of data bermaksud pekerja social menilai segala data yang diterima dengan cara mendapatkan maklumat mengenai permasalahan klient. Maklumat boleh diperolehi dengan menggunakan pendekatan komunikasi yang berkesan.
5. Determination of outcome goals and determination of target. Ini bermaksud pekerja sosial menentukan jangkaan-jangkaan yang akan diperolehi sekiranya sesuatu tindakan yang dipilih dilaksanakan.
6. Determination of strategies/goals. Iaitu penentuan strategi dan matlamat yang akan dilaksanakan dalam proses menolong tersebut.
7. implementation/reassessment iaitu melaksanakan apa yang telah dirancang.
8. Outcome ialah hasil yang diperolehi samaada Berjaya mahupun tidak.
9. Evaluation ialah penilaian terhadap apa yang telah dilakukan.

Sunday, August 1, 2010

Kefungsian Sosial

Kefungsian membawa maksud tujuan atau tugas tertentu bagi setiap anggota masyarakat kepada sistem dalam masyakatnya dan akibat yang dihasilkan terhadap orang lain. Fungsi pula membawa maksud tugas atau keadaan yang menyebabkan proses pengadaptasian dan penyelarasan kepada sesuatu sistem belaku. Kefungsian sosial pula bermaksud tujuan atau tugas tertentu bagi setiap anggota masyarakat kepada sistem dalam masyarakat kepada sistem dalam masyarakatnya dan akibat yang dihasilkan terhadap orang lain (Samir Muhazzab, 2009). Kefungsian sosial memainkan peranan penting dalam aspek kehidupan seharian masyarakat di Malaysia. Tanpa kefungsian sosial ini, kehidupan masyarakat akan menjadi tidak teratur dan tidak stabil. Kefungsian sosial lebih melihat kepada bagaimana sesuatu proses sosialisasi itu memberi impak kepada persekitarannya. Komponen- komponen utama yang wajib ada untuk menilai sejauh mana keberkesanan kefungsian social itu adalah status sosial,rol sosial,kelompok sosial dan institusi sosial.

Kehidupan bersosial melahirkan masyarakat yang stabil,mantap,mempunyai tingkah laku tertentu dan boleh dijangka. Tingkah laku yang anjal juga tidak bermakna masyarakat hidup dalam kucar-kacir. Kefungsian sosial juga melihat kepada sudut yang pelbagai sebagai landasan untuk kerja menolong masyarakat dalam menyelesaikan masalah. Pada dasarnya, kefungsian sosial ini juga, melihat kepada seseorang individu itu memainkan peranan penting antara satu sama lain.

Sebagai contoh, si A ialah seorang pelajar. Dia juga mempunyai kawan-kawan, bekerja sambilan di sebuah pasar raya dan mempunyai ibu bapa yang tinggal di kampung. Daripada contoh yang diberi sudah menunjukkan bahawa kefungsian sosial telah mendorong  A untuk meneruskan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi, berkeinginan untuk bersosial bersama kawan-kawan, perlukan sumber ekonomi untuk terus hidup dan perlu menjalankan kewajipan sebagai seorang anak. Jadi, sememangnya kefungsian sosial memberi impak yang besar dalam kehidupan A. Ciri kefungsian yang teratur dan berstruktur berpandukan kepada individu itu sendiri. Jika A bijak membahagikan masa, menggunakan sumber terhad yang ada dan memahirkan diri dengan kemahiran komunikasi yang lebih berkesan, maka ciri kefungsian sosial A nampak teratur dan menarik minat untuk didekati. 

Dari segi ekonomi, sosial juga penting untuk meningkatkan sumber dan kualiti hidup. Pada zaman dahulu, perniagaan bermula dengan sistem barter iaitu sistem tukar barang. Ini disebabkan pada zaman dahulu hidup adalah mudah dan tidak kompleks. Kemudian, zaman berkembang dengan adanya sistem mata wang. Sistem mata wang ini digunakan di seluruh dunia. Oleh sebab ini, masyarakat boleh mendapatkan barang yang mereka perlukan hanya dengan membawa wang mereka. Tetapi, wang dahulu berat dan sangat banyak sehingga menyebabkan mereka tidak boleh mendapatkan barang mereka pada masa itu. Namun kini, wang senang dibawa, tidak berat, senang disimpan dan boleh dibawa ke mana-mana tanpa sebarang masalah. Seluruh dunia menerima sistem mata wang kini.

Kefungsian dalam status sosial membawa kepada tingkah laku manusia. Status ini menunjukkan siapakah atau di manakah individu tersebut di letakkan. Dalam perkahwinan suami mempunyai fungsinya sebagai seorang ketua keluarga manakala isteri berperanan untuk membantu suami di dalam keluarga. Di dalam sesebuah syarikat, seorang ketua berfungsi untuk membantu pekerjanya dan menunjukkan model seorang ketua yang boleh dipercayai.

Di dalam beragama, ia menunjukkan hubungan individu dengan suatu kuasa. Seseorang yang beragama hindu dengan kepercayaannya sendiri. Di dalam Islam, manusia adalah hamba kepada satu kuasa yang maha besar iaitu Allah. Seseorang yang beeragama Islam bertanggungjawab mengikut segala yang telah disuruh dan menjauhkan yang dilarang. Oleh itu, sosial seorang Islam mestilah mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh yang Maha kuasa.


Rujukan :

Samir Muhazzab Amin & Windy Abdul,2009. Pengantar Kerja Sosial: Kefungsian Sosial Dalam Sistem Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.